Unsur Seni


 Unsur Seni 1                                    GARISAN                                                 
1.1        Garisan merupakan cantuman satu siri titik-titik.

1.2        Garisan adalah unsur-unsur seni yang terpenting dalam kegiatan melukis,  
     menggambar dan dalam asas menulis.
1.3        Garisan terdapat pada benda buatan manusia dan benda alam
1.4        Garisan boleh dihasilkan dari berbagai jenis media seperti pen marker, pensel,
     berus dan dakwat, arang dan  sebagainya.
1.5        Terdapat pelbagai jenis garisan seperti garisan tebal, nipis, berbulu, berputus-putus,
     titik-titik, kasar, berlingkar, berpancar, beralun dan berzig-zag
1.6        Terdapat pelbagai teknik bagi menghasilkan grisan: Contoh -
     i. gosokan         ii. Koyak dan tampal          iii. Anyaman           iv. Tiupan
     v. pualaman     vi. Resis    vii. Impasto      viii. Cetakan          viiii. Renjisan
1.7        Kedudukan garisan dapat menimbulkan berbagai kesan perasaan
     i.  Garisan melintang memberi gambaran tenang
     ii.  Garisan menegak memberi gambaran teguh dan stabil
     iii.  Garisan pepenjuru memberi gambaran pergerakan
     iv.  Garisan pancaran memberi gambaran bertenaga
1.8        Garisan dapat mencipta pergerakan ilusi dengan menghasilkan garisan berulang-
     garisan berlingkar, garisan beralun, garisan bergetar
1.9        Garisan dapat mencipta corak melalui pengamatan garisan pada benda alam dan
     benda buatan manusia.
1,10  Garisan yang mempunyai perbezaan jarak dan tebal garisan atau garisan yang
         mempunyai tekanan yang berlainan akan menimbulkan  kesan ton.
1.11 Garisan menimbulkan bentuk melalui perbezaan ton
1.12 Garisan juga dapat mencipta ruang – objek yang dekat nampak besar, sementara
        objek yang jauh nampak kecil.
Unsur Seni 2                                         JALINAN                                              

2.1  Jalinan ialah kesan –kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda,
2.2. Jalinan dapat membuatkan sesuatu objek itu keliahatan menarik dan cantik
2.3. Setiap jalinan mempunyai fungsinya yang tersendiri.
       Contohnya : duri pada buah durian dapat melindungi isinya apabila gugur. Duri
                           tersebut seakan-akan berfungsi sebagai kusyen yang dapat mengimbangi
                           hentakan dan gegaran apabila jatuh ke bumi.
2.4. Jalinan terbahagi kepada 2 jenis: a) Jalinan sentuh  b) Jalinan tampak
2.5. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan
       Corak jalinan sentuh dapat dipindahakan menjadi jalinan tampak dalam bentuk dua
       dimensi melalui teknik gosokan atau capan.Contoh : kulit buah-buahan, batang kayu,
       pasir di pantai, kulit binatang dsb.
2.6. Jalinan tampak ialah jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa
      dengan sentuhan.
      Contoh: Corak pada rama-rama, kulit tembikai, gambar foto dsb.
2.7. Antara media yang boleh digunakan untuk mencipta jalinan ialah pen, pensil  warna, oil pastel serta dakwat dan berus.
2.8 Pelbagai teknik mencipta jalinan ialah:
       a. capan                b. gosokan      c. kolaj               d. impasto       e. pualaman      f. resis           
       g. ikat dan celup   h. catan basah atas basah


Unsur Seni 3                                            RUPA                                                   

3.1        Rupa adalah hasil dari penghunjung sesuatu garisan yang bertemu dengan
     permulaannya.
3.2        Rupa adalah asas kepada sesuatu bentuk.
3.3        Rupa terbahagi kepada 2 jenis: i. Rupa Geometri  dan   ii. Rupa Organik
3.4        Rupa Geometri adalah semua rupa yang mempunyai sudut seperti segi empat,
     bulat, tiga segi dll.
3.5        Rupa Organik adalah  rupa-rupa bebas tanpa sudut seperti rupa daun, orang , ikan
     dll
3.6        Rupa terdapat pada benda alam dan buatan manusia.
3.7        Rupa Positif merupakan rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan
     tertentu.
3.8        Rupa Negatif adalah ruang di keliling rupa objek tersebut.

3.9        Rupa yang disusun berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu akan
     menimbulkan kesan corak
3.10     Rupa dapat mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan,  tambahan dan
     luakan.
3.11 Jenis-jenis ulangan rupa dalam mencorak:
            
           BIASA                     BATU BATA         SELANG SELI        TURUN SEPARA

3.12     Bagi memberikan kesan yang lebih menarik dalam aktiviti mencorak unsur-unsur
     warna perlu diberikan kepada rupa corak yang digubah dengan pemilihan kelompok
     warna yang sesuai.
3.13. Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesuatu syarikat atau
        jenama barangan dan lain-lain pertubuhan atau persatuan.
3.14 Ciri-ciri lambang yang menarik – mempunyai daya tarikan, senang dikenal, mudah
        diingat dan dalam bentuk olahan rupa positif dan negatif.
3.15 Motif lambang boleh didasarkan  kepada motif flora, fauna,  bentuk manusia, benda
        buatan manusia, huruf dan angka dan rupa abstrak
3.16 Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.
3.17 Terdapat tiga kumpulan besar muka taip, iaitu
         a) muka taip serif      – mempunyai serif, corak pena halus, dan melengkung pada
                                            bahagian bawah dan atas huruf
         b) muka taip sanserif – tidak mempunyai serif
         c) muka taip hiasan   – dihias dengan corak-corak dalam bentuk rupa geometri,
                                             flora, fauna dan sebagainya.
3.18 Ciri-ciri muka taip yang berkesan – mudah dbaca, menarik perhatian & menyatakan  maksud sesuatu mesej.

Unsur Seni 4                                          BENTUK                                          

4.1 Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, dan jisim serta lebih daripada satu permukaan.
4.2 Bentuk terbahagi kepada dua jenis: a) Bentuk Konkrit  b) Bentuk Ilusi
4.3 Bentuk Konkrit merupakan objek sebenar pada lam sekeliling yang bersifat tiga
      dimensi, dapat dilihat, disentuh dan dirasa.
4.4 Bentuk Ilusi merupakan bentuk maya atau ilusi yang digambarkan dalam lukisan atau
      catan serta bersifat dua dimensi yang sama rata  apabila disentuh,   tetapi dapat
      menggambarkan sifat tiga dimensi melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, ton,
      jalinan,warna & ruang.
4.5 Garisan dapat mencipta bentuk konkrit melalui teknik lilitan, anyaman
4.6 Garisan dapat mencipta bentuk ilusi melalui teknik lakaran, lukisan, catan, cetakan
     dsb.
4.7 Bentuk konkrit dapat dihasilakn daripada rupa asas
4.8 Bentuk ilusi dapat dihasilkan daripada rupa asas melalui teknik lukisan, lorekan,catan
      dsb.
4.9 Teknik-teknik mencipta bentuk konkrit adalah melalui
      a) teknik luakan   b) teknik asemblaj   c) teknik binaan 
      d) teknik potongan  kadbod (polihedra)  e) teknik lipatan kertas(origami)
      f) teknik lipatan kain ( topologi )
4.10 Anatomi manusia boleh dibahagikan kepada nisbah yang tertentu
       a) Ketinggi manusia berdasarkan saiz kepala – 1 unit   b) Badan–2 unit 
       c) Kepala ke lutut–5½ unit  d) Kepala ke tapak kaki – 1 ½ unit – 8 unit
 4.11 Pada bahagian kepala manusia, dianggarkan kedudukan mata adalah
         di tengah-tengah kepala iaitu sebaris dengan telinga.
 4.12 Kedudukan antara kedua-dua mata kira dan kanan  mengikut anggaran jarak antara
       satu sama lain ialah satu mata.
4.13 Sementara itu , hujung hidung manusia dianggarkan sebingga hujung
        cuping telinga bawah


 Unsur Seni 1                                    GARISAN                                                 

Unsur Seni 5                                       WARNA                                                   

5.1  Tanpa penggunaan warna, suatu hasil seni menjadi kurang menarik.

5.2  Warna terbahagi kepada tiga jenis
       i.   Warna Asas – Merah , Biru, Kuning
       ii.  Warna Sekunder – Hijau, Ungu, Jingga
       iii. Warna Tertier – campuran antara 1 warna asas dengan 1 warna  sekunder.
5.3        Warma Neutral – warna hitam  dan putih dan campuran antara keduanya.
5.4        Nilai warna ; i.Ton Warna –nilai pancaran terang atau gelap sesuatu warna
                            ii. Kroma – nilai ukuran kuasa warna
5.5        Gubahan warna :
i. Sewarna – gubahan yang menggunakan satu warna dalam beberapa  ton( monokrom )
     ii. Warna Harmoni – gubahan yang menggunakan warna –warna dari bahagian yang
         sama pada roda warna atau dikenali sebagai warna  keluarga
iii. Warna Penggenap – gubahan yang menggunakan warna-warna dari bahagian yang
     bertentangan pada roda warna atau dikenali sebagai warna pertentangan
5.6        Suhu warna :
i.  Warna panas – kumpulan warna-warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi
     ii. Warna sejuk – kumpulan warna-warna yang mempunyai kesan cahaya yang rendah
         dan redup.
5.7        Warna Bertindak :Warna yang akan menimbulkan kesan yang berbeza apabila
    bertemu dengan warna latar yang berlainan.
5.8        Perspektif Warna  :Gubahan yang mempunyai perubahan ton, sama ada daripada
    terang kepada gelap atau sebaliknya daripada gelap kepada terang.
         -Dapat mewujudkan kesan ilusi ruang jarak atau kedalaman dan perspektif.
5.9         Warna & Perasaan
Warna
Perasaan
Merah marak
Bertenaga
Biru langit
Tenang dan aman
Kuning emas
Kekayaan
Biru salji
Dingin
Putih kapur
Kecewa
Hijau rumput
Kesegaran
Kelabu timah
Kesedihan
Merah jambu
Keriangan


Unsur Seni 6                                       RUANG                                               
6.1. Ruang merupakan kawasan kosong di sekeliling/di antara dua objek.
6.2. Luas atau sempitnya sesuatu ruang di tentukan oleh objek-objek yang  mengisi ruang tersebut.
6.3 Ruang wujud dalam gambar bersifat 2 dimensi
6.4 Ruang terbahagi kepada 2 keadaan iaitu
                        a. Ruang Nyata                   b. Ruang  Tampak/Ilusi
6.5        Ruang Nyata – ruang sebenar iaitu suatu ruang yang boleh ditempati oleh tubuh
     badan atau lain-lain objek.
6.6        Ruang Tampak/ Ilusi – ruang yang timbul daripada hasil kreativiti seni khususnya
     seni tampak seperti lukisan atau catan.
6.7        Ruang Ilusi tidak boleh diukur jaraknya dengan nyata dan tidak boleh ditempati oleh
     tubuh badan sebenar kerana ia merupakan sebuah ilusi.
6.8        Dalam keadaan pandangan jauh, kita akan melihat berlakunya perubahan saiz, jarak  
     dan warna.
6.9        Perubahan saiz dan jarak dalam konteks seni disebut perspektif.
6.10   Perubahan ton warna mewujudkan ruang